1.
Tony
Fernandes (Air Asia)
Biodata
Dato’Tony
Fernandes merupakan seorang tokoh usahawan yang berjaya berketurunan India
pengasas dan peneraju syarikat penerbangan tambang murah iaitu Air Asia. Tony
Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964 dan merupakan campuran Portugis Goa
(India) dan Portugis
Melaka. Dr.Stephen Edward Fernandes merupakan bapa kepada Tony Fernandes dan
Ena Dorothy Fernandez ialah ibu beliau.
Semasa
kecil beliau kerap mengikuti ibunya berniaga. Ibu beliau merupakan seorang
peniaga kecil-kecilan dan mengikut ibunya ke majlis-majlis para peniaga tupperware. Semasa beliau berusia 13 tahun,
beliau melanjutkan persekolahan di England pada tahun 1977 dan seterusnya lulus
di London School of Economics pada tahun
1987. Beliau mula memasuki alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor,
kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard
Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.
Setelah
beliau kembali ke Malaysia, beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Sewaktu
bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan
dangdut ke dalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam Warner
Music Sdn. Bhd. dari tahun 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan naib
presiden kumpulan kawasan Asia Tenggara.
Beliau
merupakan penggerak utama dalam penubuhan dan operasi Air Asia, syarikat
penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Beliau bermula dengan
dua buah kapal terbang Boeing 737 yang masih dimiliki oleh kerajaan, kini
kumpulan Air Asia yang diterajui Tony
Fernandes sejak tahun 2001 telah maju
dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam
perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang
beroperasi, ini akan menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan
penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia. Kini kumpulan Air Asia
berkhidmat melalui 142 laluan dan 78
destinasi dengan sejumlah 400
penerbangan sehari di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011,
Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.
Sikap
Peribadi
Kejayaan
luar biasa selalunya di hasilkan oleh seseorang yang juga mempunyai peribadi yang luar biasa yang
membantu dalam setiap langkah yang dilalui. Pertama sekali ialah wujudnya minat
untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang kearah itu. Tony Fernandes
banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke
serata tanah air. Bagi Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengkagumkan
kerana kemampuannya yang luar biasa
dalam menjual barangan kepada sesiapa
sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang
ternyata begitu penting dikala mengharungi
alam perniagaan.
Dr.Stephen
Edward Fernandes memiliki sebuah klinik tetapi tidak mendapat keuntungan yang
banyak disebabkan oleh sikapnya yang bermurah hati kepada setiap pesakit dengan
memberi rawatan dan perkhidmatan serta ubat secara percuma. Perkara ini
meyebabkan Tony tidak menyukai cara bapa beliau berniaga.
Sikap
istimewa yang diturunkan oleh bapanya kepada Tony ialah dengan membantu rakyat
yang kurang upaya. Hal ini dapat di lihat melalui cara bapanya yang memberi
perkhidmatan percuma kepada pesakit yang miskin atau tidak mampu, begitu juga
Tony yang memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket
penerbangan biasa. Walaupun sikap Tony dan bapanya serupa tetapi terdapat
perbezaan tujuan iaitu bapa beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurang
bebanan mereka sehingga mengorbankan keuntungan tetapi Tony tetap terikat
dengan prinsip perniagaan berasaskan keuntungan dan berkekalan.
Kemampuan
beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang dan semangat yang kental amat
mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau. Selain itu,
zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah
berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam kepada peribadi beliau.
Keadaan yang berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk nilai teras
dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa
jua suasana. Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun.
Ketiadaan ibunya memberi kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan
kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal
dan mampu berdikari di mana sahaja.
Jika
di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh
yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang hyperactive dan begitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau
minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih
jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat. Kesanggupan beliau untuk
memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam
jangkaan untuk seorang yang tidak
memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang
kental. Tony bersikap reckless dalam
membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan.
Malah beliau amat yakin kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi
dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.
Bagi
menentukan kejayaan, sikap beliau yang fokus
kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu
mengurangkan risiko. Beliau berkata,” Saya bukanlah seseorang yang suka
memulakan dua puluh benda dan kemudian
berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan
tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha-usaha seterusnya”. Sikap ini
biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar,
Mydin, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Teh
Hong Piow di tanah air kita dan usahawan
usahawan seperti pengasas Microsoft, Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda
Motors dan banyak lagi di arena global.
Halangan
Kemampuan
berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala
Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap meminimakan ego dan bersedia untuk
memaafkan dan melupakan yang membolehkan beliau membuat pertimbangan yang
terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.
Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat
kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi
rintangan yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa.
Walaupun demikian, beliau masih boleh lagi
berinteraksi dengan pegawai-pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil menganggap detik detik pahit yang
dilalui hanya sebagai cabaran dalam
mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi
balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.
Sebelum
itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia
sendiri yang bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat
penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan
pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, beliau berjaya meyakinkan Tun Mahathir,
Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau dengan cara
mengambil alih syarikat penerbangan Air
Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.
Setelah
berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan
Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean.
Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara
perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi
Tony bersikap jangan sesekali menjawab tidak untuk jawapan. Beliau menggunakan
media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan
bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses
ini Tony berjaya mendapat laluan-laluan udara yang baru serta mendapat LCCT
yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini membantu Air Asia mengukuhkan daya saing ketika berhadapan dengan Malaysia Airlines dan syarikat-syarikat penerbangan
yang lain.
Demikian
juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di
lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi sama ada di Asia ataupun atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman
di Singapuralah yang paling mencabar. Mengikut buku The Air Asia Story ditulis
oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang usahawan yang paling
penting ialah kecekalan atau “willing to never take no for an answer”. Bagi
Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata
orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah mereka
tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu bukanlah
usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu
yakin dan laksanakannya”
2. Tan
Sri Lim Goh Tong
Biodata
Lim
Goh Tong (Lín Wútóng) merupakan seorang usahawan Tionghoa yang terkaya di
Malaysia dan Asia pada tahun 2005 hingga dia meninggal dunia dengan harta
sebanyak RM421.60 bilion. Beliau merupakan pengasas dan presiden seumur hidup
Kumpulan Genting. Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang yang paling
kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2 billion (RM160.6 billion) pada tahun
2006 hingga beliau meninggal dunia. Kemudian, anak beliau, Tan Sri Lim Kok Thay
telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.
Beliau
dilahirkan pada tahun 1918 di daerah Anxi, wilayah Fujian, China. Beliau telah
berkahwin dengan Lee Kim Hua dan di kurniakan 6 orang anak. Lim telah meninggal
dunia ketika usia beliau 89 tahun iaitu pada 23 Oktober 2007. Lim datang ke
Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 dengan hanya RM175, bekerja
sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki
syarikatnya sendiri, Kien Huat. Kedatangan beliau sebagai seorang yang sangat
miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk membaiki taraf hidup.
Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong pernah
mendedahkan beberapa tips yang diamalkannya sendiri sehingga berjaya menjadikan
Genting Highlands Resort sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka
dunia. Beliau menpunyai idea membina
genting semasa di Cameron Highlands. Beliau sendiri pernah dikatakan gila
apabila mengatakan hasrat untuk membagunkan Gunung Ulu Kali sebagai Genting
Highlands.
Sifat
Peribadi
Lim
mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang diperolehi bukan untuk
dibelanjakan tetapi untuk dibuat pusingan modal dan pelaburan yang akan datang.
Wang modal perniagaan dengan wang perbelanjaan harian mesti disimpan secara
berasingan. Hal ini bagi mengelakkan masalah pengeluaran perbelanjaan untuk
keperluan yang tidak sepatutnya. . Apabila mempunyai wang yang besar untuk
dilaburkan maka keuntungan juga semakin tinggi. Mempunyai kedudukan yang kukuh
dalam perniagaan adalah harapan bagi semua peniaga dan usahawan yang berjaya.
Beliau
bermula dengan bekerja dari peringkat yang paling bawah iaitu sebagai tukang
kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas
A. Tan Sri sendiri merupakan seorang budak miskin semasa mula berhijrah ke
Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan.
Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum bergelar jutawan. Sifat peribadi
beliau yang berani mengambil risiko menjadikan beliau seorang berjaya dalam
mereliasasikan impiannya.
Kemunculan
pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina
yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang diterima
dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu
tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan
tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut
cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau
dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau
merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang
minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan menjadi orang
yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk
pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan
beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini,
First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia.
Pencapaian
Kumpulan
Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk
perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan
elektronik, pelancongan, pelayaran , pembangunan teknologi maklumat dan pusat
perjudian yang terbesar di asia. Lim memiliki hotel yang terbesar di dunia,
Genting (First World Hotel, 6 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebin
14 juta orang setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star
Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia. Beliau juga terlibat
dalam perniagaan gas dan minyak di Asia Dan Eropah. Beliau bermula daripada
kontraktor kecil. Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun
1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia. Kini
Tan Sri Lim Goh Tong berjaya sebuah empayar besar bertaraf dunia.