Definisi
Keusahawanan
Terdapat
banyak definisi keusahawanan berdasarkan penulis-penulis yang berbeza.
Perkataan ‘entrepreneur’ bermula dari perkataan bahasa Perancis ‘entrepredre’
yang membawa maksud ‘untuk mengambil alih’. Stevenson (1985) mendefinisikan
keusahawanan adalah satu proses merebut dan mengeksploitasi peluang dengan
mengambil kira sumber yang ada dalam kawalan. Bagi Drucker (1985) pula
keusahawanan merupakan satu tindakan berinovasi yang melibatkan penggunaan
sumber sedia ada dengan penciptaan kekayaan yang baru. Gatner (1988) pula
menyatakan keusahawanan ialah penciptaan organisasi, proses bagi organisasi
baru muncul. Sementara menurut Venkataraman (1997) keusahawanan adalah tantang
bagaimana, dengan siapa, dengan apa, mewujudkan peluang yang menghasilkan
mengeksploitasi, mencipta barangan dan servis baru. Hisrich dan Peters (2002)
mendefinisikan keusahawanan adalah satu proses menghasilkan sesuatu yang
berbeza dan bernilai dengan menumpukan kepada usaha dan tenaga yang diperlukan,
menanggung risiko kewangan, psikologikal, dan sosial serta menerima ganjaran
dalam bentuk kewangan, kepuasan diri dan berdikari. Bagi Timmons dan Spinelli
(2004) keusahawanan ialah cara berfikir, pemikiran dan tindakan yang didorong
oleh peluang, pendekatan yang holistik, dan keseimbangan kepimpinan.
Sebaliknya, Bjerke (2007) mendefinisikan penciptaan sesuatu aplikasi baharu
yang boleh digunakan oleh orang lain bagi memenuhi keperluan atau kepuasaan
permintaan yang sedia ada atau permintaan yang dicipta.
2 Sejarah
Keusahawanan
Keusahawanan
di Malaysia bermula sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka lagi. Terdapat enam
peringkat perkembangan sejarah keusahawanan yang berkembang mengikut peredaran
masa.
i. Peringkat permulaan
i. Peringkat permulaan
Pada
zaman permulaan, keusahawanan bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan
perjalanan perdagangan ke Timur Tengah. Marco Polo merupakan seorang saudagar
yang memperkenalkan istilah ‘go-between’. Marco Polo telah menandatangani
kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis
merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang belayar memainkan peranan
aktif di dalam urusan perdagangan , menerima segala risiko fizikal dan emosi.
Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan
kepada 75% pemberi pinjaman dan 25% pedagang. Dalam keadaan tertentu pemodal
mengaut keuntungan yang melampau daripada sistem riba yang diamalkan sehingga
menindas peniaga yang menjalankan perniagaan.
ii. Peringkat
pertengahan
Pada
peringkat ini usahawan digambarkan sebagai individu yang menguruskan projek
pengeluaran yang berskala besar tetapi individu ini tidak menanggung sebarang
risiko dalam projek pengeluaran tersebut. Usahawan pada zaman ini, adalah
seorang yang mengawal kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.
iii. Abad
ke-17
Terdapat
hubungan diantara risiko dan usahawan iaitu usahawan mungkin mendapat
keuntungan atau kerugian atas persetujuan kontrak yang telah ditetapkan dengan
golongan pemerintah. Keusahawanan adalah orang yang menandatangani kontrak
perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan
produk yang telah ditentukan dan harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian
atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Hasil yang diperoleh sama
ada keuntungan ataupun kerugian akan dibahagikan bersama berdasarkan
usaha-usaha yang ditunjukkan oleh usahawan sendiri. Perkataan usahawan mula
diperkenalkan olah Richard Cantillon pada abad ini iaitu tahun 1725. Pada
pandangan beliau, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani,
juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga
tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka
menanggung risiko.
iv. Abad
ke-18
Pada
abad ke18, keusahawanan dilihat sebagai individu yang mempunyai atau memberi
modal dibezakan dengan individu yang memerlukan modal pada abad ini. Perbezaan
ini berlaku kerana perkembangan sektor perindustrian di seluruh dunia dengan
banyak rekaan baharu seperti penciptaan peralatan elektrik oleh Thomas Edison
yang memerlukan pembiayaan. Perkembangan sektor perindustrian telah menuntut
usahawan agar berusaha untuk merebut peluang demi kemajuan diri dan negara.
v. Abad
ke-19 dan 20
Usahawan
tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Usahawan juga jarang sekali dibezakan
daripada pengurus dan mereka banyak dilihat dari perspektif ekonomi. Usahawan
mengendalikan perniagaannya untuk keuntungan sendiri, menggunakan insiatif
sendiri dan kemahiran serta kebijaksanaan untuk perniagaannya dan menanggung
semua kerugian atau keuntungan akibat keadaan yang tidak pasti. Pada
pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru)
dikenali sebagai usahawan. Usahawan telah dianggap sebagai agen yang membawa
kepada perubahan kerana mereka melaksanakan penciptaan produk baharu, proses
atau sistem. Konsep perubahan merupakan salah satu bahagian yang penting dalam
bidang keusahawanan. Perubahan yang dilakukan melibatkan penciptaan produk
baharu, sistem pengagihan baharu dan kaedah untuk membentuk struktur syarikat
baharu.
vi. Abad
ke-21
Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk
pasaran Free Enterprise. Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan
perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya.
Kompleksiti dan kepelbagaian merupakan isu yang akan mencabar kebolehan
usahawan untuk menguruskan perniagaannya menjelang abad ke-21. Terdapat dua
sebab utama isu ini akan mencabar kemampuan usahawan. Pertama kerana usahawan
perlu mengurus heterogeniti tenaga kerja yang semakin meningkat. Kedua kerana
tenaga kerja yang pelbagai mempunyai kelebihan kompetitif dan berpotensi untuk
diperkembang. Ternaga kerja yang pelbagai dengan latar belakang budaya yang
berbeza akan mempengaruhi sikap dan gelagat usahawan dalam pengurusan
perniagaan. Perkembangan teknologi terkini yang melibatkan teknologi maklumat
yang begitu pesat seperti ICT telah membawa banyak perubahan kepada bidang
keusahawanan yang perlu ditanggani oleh usahawan-usahawan pada abad ini
sekiranya ingin terus kompetitif.
Kesimpulan
Dengan
sifat negara membangun yang agak ketinggalan dalam pelbagai bidang, peranan
utama usahawan adalah untuk membangun dan memajukan teknologi dengan membuat
pelaburan bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan. Maka kerajaan telah mengambil insiatif menubuhkan Kementerian Pembangunan
Usahawan pada tahun 1995 sebagai badan yag menguruskan pembangunan usahawan. Tidak
ada satu definisi yang universal yang dapat diterima pakai oleh semua pihak
tentang maksud usahawan dan keusahawanan. Terdapat enam peringkat evolusi
keusahawanan mengikut peredaran masa iaitu peringkat awal, peringkat
pertengahan, abad ke-17, abad ke-18, abad ke-19 dan ke-20 dan abad ke-21.
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete