Ciri-ciri
usahawan yang berjaya ialah mereka yang tidak takut kepada kekuatan musuh
dengan menjadikannya sebagai kekuatan untuk bersaing. Mereka mestilah memulakan
sesuatu dengan tidak mengharapkan semata-mata kepada peluang yang diberikan.
Usahawan yang berjaya juga mestilah cepat bertindak untuk mengubah strategi
yang mereka laksanakan berdasarkan kepada keperluan semasa. Ini bermaksud,
mereka tidak hanya bergantung kepada penetapan strategi awal yang dilaksanakan.
Seterusnya,
mereka juga bijak menggunakan masa yang sedia ada dengan sebaik mungkin
(Timmons dan Spinelli, 2000; Kuratko dan Hodgetts, 2001; Walter Kuemmerle,
2002; Usahawan Sukses, 2002; Rosdi, 2002). Perancangan dan pendapat yang baik
merupakan sahabat yang terbaik kepada usahawan. Ianya dapat membantu para
usahawan ini untuk mendapatkan pemasaran dan kepercayaan daripada pelanggan dan
pembekal (Batten, 2002). Usahawan perlu meningkatkan profesionalisma dan disiplin
diri semasa menguruskan perniagaan. Ianya dapat dilakukan dengan melaksanakan
kod etika yang bersesuaian serta bersifat amanah, jujur dan yakin kepada diri
sendiri (Timmons dan Spinelli, 2000; Kuratko dan Hodgetts, 2001; Noor Alia,
2002).
Terdapat
beberapa ciri yang akan menentukan seseorang usahawan itu berjaya ataupun tidak
di dalam bidang yang diceburinya. Ciri yang utama ialah mereka yang mempunyai
sikap suka membuat sesuatu yang orang tidak berjaya ‘tidak suka’ dan ‘tidak
akan buat’ (Megginson et al., 2000; Usahawan Sukses, 2002; Rosdi, 2002). Usahawan
yang berjaya juga ialah mereka yang sanggup berdikari dan berjaya menguruskan
kewangan sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak. Ini akan
menjadikan mereka dapat memerdekakan diri dan emosi agar dapat mengharungi
cabaran yang sedia ada di dalam pernigaan yang mereka ceburi. (Hisrichet al.,
2000; Timmons dan Spinelli, 2000; Usahawan Sukses 2002; Rosdi 2002).
Mereka
yang berjaya menganggap bahawa cabaran dalam dunia perniagaan adalah dugaan dan
godaan hidup merupakan individu yang memiliki ciri-ciri usahawan yang berjaya.
Ianya secara tidak langsung akan membuatkan mereka lebih bijaksana dan minda
dapat bekerja dengan pantas dalam membuat keputusan dan menikmati kejayaan yang
sebenarnya (Timmons dan Spinelli, 2000; Kuratko dan Hodgetts, 2001; Usahawan
Sukses, 2002; Rosdi, 2002). Ketahanan mental dan sikap tidak takut kepada
perubahan dan kegagalan akan membantu seseorang usahawan itu mengecapi kejayaan
yang sebenarnya.
Apabila seseorang usahawan itu gagal dalam menguruskan
perniagaannya buat pertama kali, itu bukanlah noktah terakhir perniagaannya.
Beliau mestilah tidak patah semangat dan hilang rasa hormat pada diri sendiri.
Kebijaksanaan dalam mengatur kembali strategi dan sistem terkini mengikut
perkembangan terkini, teknik-teknik mengatasi pesaing, kehendak pelanggan dan
ledakan teknologi maklumat merupakan kelebihan bersaing kepada usahawan
tersebut (Hisrich et al., 2000; Timmons dan Spinelli, 2000; Kuratko dan
Hodgetts, 2001; Usahawan Sukses, 2002; Rosdi, 2002).
Usahawan
bumiputera tidak perlulah terlalu ghairah untuk membuka perniagaan secara
besar-besaran pada peringkat awal (2 atau 3 tahun usia perniagaan) dengan menanggung
hutang dalam jumlah jutaan ringgit (Usahawan Sukses, 2002).
Untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya, jalan yang singkat atau jalan pintas perlu
dielakkan dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Perniagaan yang mengikut peraturan
dan etika perniagaan ialah perniagaan yang dilakukan sendiri dengan sepenuh
masa. Terdapat tujuh faktor atau langkah sebagai panduan bagi membentuk kejayaan
seorang usahawan (Nadzri, 2000).
i)
Pertama ialah keputusan yang dibuat
secara sedar. Rancangan perniagaan yang dibuat secara sedar yang mengambil kira
setiap aspek perniagaan akan berjaya meningkatkan keuntungan syarikat dan lebih
berdaya maju. Melalui rancangan perniagaan ini juga, para usahawan akan dapat
mengenal pasti potensi syarikat untuk lebih berdaya saing di dalam industri
yang mereka ceburi.
ii)
Kedua ialah minat terhadap bidang perniagaan
yang diceburi. Usahawan ataupun ahli perniagaan akan lebih bersikap positif
terhadap kerja ataupun tanggungjawab yang mereka laksanakan sekiranya mereka
minat di dalam bidang yang telah diceburi. Contohnya, kesanggupan untuk
meluangkan masa dalam perniagaan, berani mengambil risiko, bersikap lapang dada
dan tabah menghadapi cabaran dalam perniagaan.
iii)
Ketiga, tingkatkan kemahiran atau
kepakaran dengan bersungguh-sungguh. Tetapkan sendiri matlamat pencapaian dari
masa ke semasa serta cuba elakkan diri dari melakukan kesilapan bagi kali yang
kedua. Kepakaran perlu ada pada diri sendiri. Dari sekecil-kecil perkara
hinggalah ke apa juga peringkat kerana seorang usahawan yang berjaya perlu
bersedia melakukan apa saja pada setiap masa. Perniagaan perlu dibentuk
berdasarkan kepakaran yang ada dan sewajarnya perniagaan dimulakan secara
kecil-kecilan.
iv)
Keempat, belajar daripada pakar-pakar
atau orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang diceburi. Usahawan boleh
bekerja dengan orang lain atau mengikuti kursus, seminar dan perbincangan untuk
menambahkan pengalaman perniagaan. Ini adalah satu cara bagi memendekkan kaedah
atau prosedur dalam perniagaan dan mengelak daripada melakukan perkara yang
tidak mendatangkan faedah atau perkara yang merugikan.
v)
Kelima, bersedia menghadapi masalah atau
risiko. Usahawan perlu sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah,dari segi
kewangan, pemasaran dan risiko perniagaan serta mengambil kira setiap aspek dan
iktibar dari segala keadaan yang berlaku. Pelbagai cabaran akan dihadapi,
lebih-lebih lagi risiko dalam menghadapi pesaing yang ramai. Oleh itu, usahawan
perlu bersedia dan bijak menyelesaikan masalah yang berlaku.
vi)
Keenam, berkebolehan memasarkan produk.
Usahawan sewajarnya mampu keluarkan produk yang ada pasaran atau permintaan dan
boleh mendatangkan keuntungan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik
perhatian pelanggan. Oleh itu, usahawan perlu tahu selok- belok perniagaan dan
ilmu yang berkaitan sebelum menceburi bidang yang mencabar ini.
vii)
Dan yang terakhir ialah jangan cepat
kecewa atau mengalah. Kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman dan peluang
untuk terus berjaya. Usahawan perlu bersikap positif dan mengambil ikhtibar
terhadap kesilapan lampau supaya lebih maju di masa hadapan.
Dengan
mengetahui kepentingan matlamat ini ianya dapat menjadi penunjuk arah dan
tujuan untuk menghadapi kehidupan. Matlamat ini juga akan menjadi asas kepada
penyaluran idea, masa dan tenaga yang berkesan. Dengannya juga, usahawan dapat
mengelak dan mengurangkan pembaziran masa, tenaga dan kewangan yang menjadi
ukuran kejayaan dalam mengendalikan perniagaannya.
Sehubungan
ini juga matlamat dapat mewujudkan asas keyakinan diri, perasaan bangga dengan
kemajuan yang telah dikecapi yang mempunyai hubungan langsung dengan perancangan
awal yang telah dibuat oleh usahawan yang terbabit. Matlamat adalah penentu
utama kepada lahirnya sikap positif dalam diri usahawan yang Berjaya (Timmons
dan Spinelli, 2000; Kuratko dan Hodgetts, 2001;Usahawan Sukses 2002; Rosdi
2002).
Terdapat
beberapa ciri yang telah dinyatakan oleh Rosdi (2002), sebagai faktor utama yang
mendorong kepada kejayaan seseorang usahawan dalam bidang yang mereka laksanakan.
Di antaranya ialah hubungan jaringan dalam perniagaan merupakan ciri yang
penting bagi membolehkan seseorang usahawan itu mampu bersaing dan bertahan
lama dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Ini bermakna, usahawan tersebut
itu mempunyai hubungan yang baik dengan pesaing, pembekal dan pelanggan. Ianya
bertujuan memberi kelebihan kepada usahawan untuk mengenal pasti peluang dan
ancaman terhadap perniagaannya.
Faktor
kepercayaan juga terlibat secara langsung sebagai penentu kepada kejayaan firma.
Mempercayai rakan kongsi adalah merupakan faktor yang penting dalam memastikan
sesebuah perniagaan itu mampu bertahan. Unsur etika di dalam perniagaan adalah
faktor utama yang mendorong kepada wujudnya unsur kepercayaan di dalam rakan
kongsi perniagaan (Timmons dan Spinelli, 2000; Kuratko dan Hodgetts, 2001;
Rosdi, 2002).
Unsur
kepimpinan dan budaya perniagaan yang diterapkan sejak awal lagi mendorong kepada
kejayaan seseorang usahawan. Asuhan awal sebagai seorang usahawan daripada
keluarga dapat memberi minat yang mendalam kepada seseorang individu di dalam
bidang perniagaan. Ini dapat membina ketahanan mental yang kuat bagi memastikan
pertumbuhan perniagaannya. Daya ketahanan juga merupakan faktor yang mendorong
kepada kejayaan usahawan di dalam perniagaan. Ianya melibatkan penerapan
nilai-nilai murni dan etika seseorang usahawan dalam melaksanakan perniagaan. Antaranya
ialah sikap bersabar, jujur dan amanah (Timmons dan Spinelli, 2000; Kuratko dan
Hodgetts, 2001; Rosdi, 2002).
Imej
diri merupakan penampilan yang akan dipaparkan oleh seseorang usahawan yang
bertujuan untuk menyakinkan individu lain akan keupayaannya dalam perniagaan.
Ini melibatkan bagaimana seseorang usahawan itu berkomunikasi dan mengendalikan
sesuatu situasi yang melibatkan pembuatan keputusan yang kritikal.
Bersikap
terbuka dan berani untuk menerima teguran juga adalah faktor yang mampu mendorong
kepada kejayaan seseorang usahawan. Daripadanya, usahawan tersebut dapat
memperbaiki dan mempertingkat potensi diri serta perniagaannya (Rosdi, 2002).
Sikap
untuk mempelajari sesuatu yang baru dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan
juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan seseorang usahawan. Ini
membolehkan seseorang usahawan itu membuat ramalan jangka panjang mengenai
amalan, peluang dan ancaman yang wujud di dalam organisasi dan perniagaannya.
Rumusannya, faktor utama yang mendorong kejayaan usahawan bumiputera ialah
berilmu, mendengar pendapat, kecenderungan terhadap perubahan dan ketahanan
mampu untuk memastikan seseorang usahawan itu bertahan lama di dalam
perniagaannya (Hisrich et al., 2000; Timmons dan Spinelli, 2000; Rosdi, 2002).
Menurut
Khaairuddin (1996), terdapat beberapa budaya hidup yang perlu dimiliki oleh
setiap diri usahawan untuk menentukan kejayaan dalam perniagaan yang diceburinya.
Asas budaya hidup ini perlu diamalkan tidak mengira jenis dan saiz perniagaan
tersebut. Antaranya ialah rajin dan mempunyai daya inisiatif, yakin terhadap
keupayaan diri, bersikap positif, bersemangat tinggi dan bertenaga, bijak mengambil
peluang dalam perniagaan dan cekal iaitu tabah serta berani menghadapi apa jua
cabaran. Seterusnya usahawan juga perlu bijak mengambil risiko,mengamalkan
nilai-nilai kehidupan yang mulia, cekap dalam mencari maklumat, prihatin
terhadap mutu kerja yang berkualiti dan berkomitmen terhadap tugas yang
diamanahkan.
Ciri
yang paling penting perlu ada dalam diri setiap usahawan ialah sanggup menghadapi
risiko dalam perniagaan (Harper, 1996; Khaairuddin, 1996; Lambing, 2000:
Nadzri, 2000; Hisrich et al., 2000; Timmons dan Spinelli, 2000; Md Mohar et al.,
2000; Rosdi, 2002; Usahawan Sukses, 2002).
Salam sejahtera!
ReplyDeleteNama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan
bolehkah saya bertanya tentang faktor yang membolehkan sesuatu perniagaan mampu bertahan dalam industri
ReplyDeleteWelcome to Jumba Casino - Jtmhub
ReplyDeleteJumba Casino, 천안 출장샵 an online gambling and betting site, provides users with a number 밀양 출장마사지 of 세종특별자치 출장안마 great 여주 출장마사지 offers, and is now 김천 출장샵 fully operational. Jumba Casino is operated