1. Tan
Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Tan Sri Syed
Biodata
Tan
Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Tan Sri Syed merupakan seorang usahawan yang
berjaya berbangsa melayu dan beragama Islam. Beliau dilahirkan di Alor Setar,
Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum
mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah
untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an,
barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar,
Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.
Beliau
merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Kehidupan mereka sekeluarga
yang serba kekurangan meyebabakan mereka adik beradik sukar untuk belajar di
sebabkan keadaan rumah kayu yang terletak di
Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai
katil, meja mahupun kerusi. Keadaan hidup yang begitu mendorong beliau supaya
memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah
Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini,
seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu
tetapi yang pastinya jumlah pelajar akan terus meningkat dari tahun ke tahun
berikutnya.
Pendidikan
Tan
Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau
berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya
iaitu Syed Omar di Johor Bahru. Beliau menetap di situ dari umur 10 tahun
hinggalah ke umur 14 tahun. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung
halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan
lima di Sekolah Saint Micheal's.
Sebenarnya,
Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak
pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau
seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman
secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Sikap
Peribadi
Disebabkan
keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu
ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka
menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Selain menjual sayur beliau juga
menjual roti canai di pasar yang sama.
Semasa
waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya
membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu
menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan
stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa
melakukan kerja-kerja itu.
Pada
tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan
ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan
Thailand, Kedah dan Perlis. Abak tersebut menyebabkan semua binatang
ternakannya mati. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan
bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang
penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.
Beliau
mendapat bekalan daging untuk di jual dengan pergi dari pekan ke pekan di
sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya
membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga
Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam
perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri
dalam dunia perniagaan.
Daripada
perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada
tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau
mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang
digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Sebenarnya, seorang
peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak
digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali
kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat
pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani
Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan
lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih
wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Kejayaan
Pada
tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan
Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan
Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan
memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali
sebagai Bernas. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak
FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas
berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua
orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah
pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha
sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak
Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha
sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai
1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Daripada
beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain
iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd.
Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Setahun
selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL)
Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan
kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan
Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat
tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan
UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak
bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi
kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat
pembungkusan.
Apabila
beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu
Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di
antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk
Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan
di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed
Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan
ekonomi.
Pada
tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan
Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem
barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem
barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya,
menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Selepas
mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan,
pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan
disebabkan ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera
bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak
tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila
berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya,
beliau membeli secara terus daripada pengilang. Selepas membeli daripada
pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat,
iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform
Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah
syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila
Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun
1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark
Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini,
anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan
pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran
eksport.
Tidak
cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan
perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan
mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai
broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed
Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga
USD1 juta.
Kapal
yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke
Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang
menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi
sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).
Pada
masa yang sama, beliau mula melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah.
Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa
projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Beliau
terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil
Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta.
Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui
Johor Port Sdn. Bhd. beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kini,
Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua
buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan
Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air
yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn.Bhd. iaitu syarikat usaha sama di
antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis,
Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
Beliau
membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham
daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki
22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik
dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan
utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan
dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan
dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat
dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18/7 peratus pegangan dalam Fiamma
Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta
100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran
buku.
Penubuhan
Yayasan Al-Bukhary
Yayasan
al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan
membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga
menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan
al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri
daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan
manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap
syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga
kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti
keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya
membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai
pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
Antara
projek terbesar adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta
di Kedah yang siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu memainkan peranan
sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat
perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan
pusat pengajian tinggi. Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium
Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat
tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil
seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata
negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan
Pada
tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7175 juta kepada Oxford
Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata
dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan
Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains
dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan
al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi
dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।
Penglibatan
Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah.
Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang
bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh
organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM
satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi
mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga
memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Usaha
beliau selama ini telah membuahkan hasil dengan di isytiharkan usahawan yang
ke-7 terkaya di Malaysia dan yang ke-32 terkaya di Asia.
2.
Dato’
Haji Ramly Bin Mokni
Biodata
Dato’
Haji Ramly Bin Mokni merupakan seorang usahawan yang berjaya di Malaysia yang
menubuhkan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. Perniagaan Burger Ramly merupakan
produk bumiputera milik Ramly bin Mokni
yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger
Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya,
Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular
dikalangan penduduk Singapura. Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly
b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap dari cetusan idea dan
hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Beliau
telah beberapa kali telah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik.
Pencapaian
Perusahaan
Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. telah didaftarkan penubuhannya pada 13 Julai 1984 dan telah beroperasi
dengan jayanya selama 25 tahun di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak,
Cheras, Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan operasi memproses dan
mengeluarkan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut
seperti burger, nuget, sosej dan
lain-lain.
Sebelum
beliau membuka perniagaan makanan sejuk beku ini, beliau pernah bekerja sebagai
pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana
kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah
mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang
ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini.
Sifat
beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang
dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau
tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat
dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan
simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan
dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan
perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat
penting.
Kini
syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian
Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala
Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran
hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di
pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.
Lebih
dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan
produk-produk Ramly. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni
Sdn. Bhd. Syarikat pemasaran ini bertempat di Desa Tun Razak, Cheras,Kuala
Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada
pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti
dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah
anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati
dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di
KualaLumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sdn. Bhd. dan
ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong
dan runcit boleh dilaksanakan diantara Ramly dengan penjaja dan orang awam.
Salam sejahtera!
ReplyDeleteNama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan