Keusahawanan
di Malaysia merujuk secara khusus kepada penglibatan bumiputera dalam bidang
keusahawanan sebelum, semasa dan selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan. DEB
dilancarkan bagi meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan.
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dilancarkan pada tahun 1971. Merupakan dasar sosioekonomi yang dirancang oleh
kerajaan bagi mencapai matlamat perpaduan negara. Dua strategi utama dalam DEB
bagi mencapai matlamat tersebut ialah membasmi kemiskinan untuk meningkatkan
pendapatan dan peluang pekerjaan tanpa mengira kaum. Menyusun semula masyarakat
bumiputera untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
Perkembangan
Keusahawanan Di Malaysia
1.
Sebelum
Dasar Ekonomi Baru
Semasa pemerintahan British
(1957-1970) kegiatan keusahawanan dikuasai oleh warganegara asing dan bukan
bumiputera. Bumiputera kebanyakannya petani dan nelayan dan pendapatan mereka
RM172 sebulan iaitu di bawah paras kemiskinan. Bumiputera
kurang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan disebabkan oleh beberapa
faktor.
Dasar pemerintahan British yang
mengamalkan prinsip ‘pecah dan perintah’ menyebabkan bumiputera terus menjadi
petani dan nelayan manakala bukan bumiputera menjadi penoreh getah, pelombong,
peniaga borong dan runcit. Oleh itu bumiputera tidak didedahkan dengan kegiatan
perniagaan dan perdagangan. Faktor kedua ialah dasar ekonomi bebas. Bumiputera
tidak diberi galakan dan latihan formal untuk menceburi
keusahawanan. Oleh itu bumiputera tidak mempunyai pengalaman, latihan atau
modal untuk menjalankan perniagaan.
Faktor ketiga ialah tiada satu
dasar yang mendorong untuk melahirkan satu masyarakat usahawan di kalangan bumiputera.
Sistem ekonomi bebas terus diamalkan oleh kerajaan. Oleh itu tidak banyak
agensi yang ditubuhkan untuk membantu bumiputera dalam perniagaan. Keempat tidak
wujud budaya keusahawanan dalam masyarakat bumiputera. Budaya keusahawanan
seperti berani mengambil risiko, berdaya saing, bijak mengambil peluang tidak
wujud dalam masyarakat bumiputera. Selain itu, mereka mudah berpuas hati dengan
apa yang mereka peroleh. Bumiputera lebih cenderung untuk bekerja makan gaji dan tidak melibatkan diri dalam bidang
keusahawanan
2.
Semasa
Dasar Ekonomi Baru
Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 mengakibatkan kepincangan agihan kekayaan
dan bidang pekerjaan antara kaum di negara ini. Bagi mengatasi masalah ini, DEB
dilancarkan pada 1971 untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang
keusahawanan.
Beberapa langkah diambil bagi
meningkatkan penglibatan bumiputera iaitu memperluaskan kegiatan agensi sedia
ada seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Nasional Berhad
(PERNAS). Menubuhkan agensi baru seperti Lembaga Pembangunan Bandar (UDA),
Lembaga Pemasaran Pertanian Perseketuan (FAMA) dan Bank Pembangunan &
Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB). Menyediakan latihan berbentuk teknikal
dan vokasional seperti latihan perniagaan dan pengurusan dan memberi bantuan
teknikal dan kewangan kepada usahawan bumiputera yang sedia ada atau usahawan
yang baru menceburi bidang perniagaan.
Selain itu, dapat memberi
pinjaman tanpa faedah atau faedah yang rendah iaitu melalui agensi-agensi yang
memberi bantuan kewangan seperti BBMB, MARA dan PERNAS. Menggalakkan
pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan memberi pinjaman di bawah
Skim Jaminan Kredit melalui CGC. Membangunkan lebih banyak industri luar bandar
seperti bumiputera diberi peluang sepenuhnya menjalankan perniagaan runcit,
borong dan membaiki kereta dan membuka kawasan rancangan tanah oleh FELDA di
seluruh Malaysia. Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti bentuk ruang
niaga, bengkel, kilang kecil dan ruang pejabat serta dijual atau disewa kepada
bumiputera pada kadar berpatutan. Melatih kontraktor bumiputera dalam bidang
pembinaan.
3.
Selepas
Dasar Ekonomi Baru
Bumiputera masih jauh
ketinggalan dalam pelbagai bidang penting terutamanya dalam bidang pengurusan,
pemilikan syarikat perniagaan, dan perdagangan. Bagi meningkatkan penglibatan
bumiputera dalam bidang keusahawanan, Dasar Pembangunan Negara (DPN) dilancarkan
pada 28 Februari 1991.
Kesimpulan
Sehingga
kini, masih banyak lagi persoalan pentig khususnya mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi bekalan usahawan dan tahap keusahawanan Bumiputera yang belum
mendapat jawapan yang konkrit. Analisis mengenai konsep keusahawanan dari segi
pengusaha, keluarga dan persekitarannya adalah isu penting untuk diteliti.
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDeleteThe King Casino Company - Ventureberg
ReplyDeleteIt was born in 1934. The goyangfc.com Company offers luxury hotels, If you don't have https://jancasino.com/review/merit-casino/ a poker room in your ventureberg.com/ house, 토토사이트 then you'll find a poker room in the mens titanium wedding bands