Monday, 13 October 2014

KEJAYAAN PRODUK MINUMAN AQUA & POCARI SWEAT



       I.            Aqua (Air Mineral)



Aqua merupakan jenama air mineral yang terkenal diseluruh dunia yang di hasilkan di negara Indonesia. Air mineral Aqua merupakan air kosong atau air putih yang dijamin kualitinya dan boleh di minum oleh semua lapisan masyarakat. Produk ini merupakan air mineral yang di jaga kebersihannya dan merupakan minuman yang mementingkan kesihatan. Aqua amat bagus jika di minum seharian samaada semasa melakukan aktiviti di luar rumah mahupun waktu rehat kerana Aqua dapat menghilangkan dahaga.


    II.            Pocari Sweat
Pocari Sweat merupakan produk minuman tenaga yang telah diedarkan ke 16 buah negara dan di hasilkan di negara Jepun. Produk minuman ini merupakan minuman yang menggantikan cairan infus dalam badan yang hilang setelah melakukan aktiviti seharian seperti senaman, berjalan dan bersukan. Produk ini lebih tertumpu kepada pengguna yang aktif seperti orang yang bersukan dan mendapat sambutan semasa musim panas. Produk ini merupakan produk minuman yang mementingkan kesihatan kerana kadar gula dalam Pocari Sweat dibawah 10% iaitu 6.2%.

STRATEGI
Kedua-dua produk ini merupakan produk minuman yang berasaskan kesihatan. Strategi yang digunakan oleh kedua-dua syarikat ke atas produk mereka mempunyai persamaan dan perbezaannya.

·         Aqua
Produk Aqua menggunakan kaedah pemasaran dengan menghantar ke kedai-kedai kecil, restoran-restoran, ke rumah-rumah diseluruh pekan. Selain itu, mereka juga mengadakan program menderma darah untuk menarik perhatian orang ramai dengan memberi air mineral Aqua secara percuma. Produk Aqua melancarkan strategi untuk jangka masa panjang dengan memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa Aqua mementingkan kesihatan unutk jangka masa panjang dan akan meningkatkan kualiti produk untuk kesejahteraan pengguna. Mereka bukan sahaja menjual produk minuman Aqua tetapi memberi kesempatan untuk pengguna membaiki taraf hidup. Kualiti air mineral Aqua terjamin dan memberi kepercayaan kepada orang ramai untuk terus setia kepada jenama Aqua.  

·         Pocari Sweat
Pocari Sweat juga menggunakan kaedah pemasaran yang hampir sama dengan produk air mineral Aqua. Mereka juga mengedar minuman di kedai-kedai kecil dan membuka kios untuk memperkenalkan produk Pocari Sweat kepada orang ramai dengar memberi minuman secara percuma. Selain itu, mereka juga mengedar besar-besaran secara percuma di tempat-tempat yang sesuai seperti di jalanan dengan memberi kepada orang yang berpeluh, di padang besbol, dan orang yang bersukan. Mereka bukan sahaja memberi minuman percuma malah memberi penerangan tentang kebaikan Pocari Sweat. Pasaran Pocari Sweat meningkat semasa musim panas.

KESAN  

Kedua-kedua syarikat ini menghasilkan produk yang memberi kesan positif dan membawa kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan kesihatan yang masih boleh didapati dalam minuman. Dalam masa yang sama dapat memberi kepuasan kepada pengguna semasa menikmati minuman tersebut. 

Friday, 10 October 2014

CIRI-CIRI BIOGRAFI USAHAWAN



1.      Umur

Umur merupakan faktor yang akan mempengaruhi tahap keberkesanan seseorang usahawan. Umur juga merupakan faktor yang penting untuk menjadi seorang usahawan kerana semakin bertambah peringkat umur semakin kurang peluang untuk gagal kerana usahawan yang berjaya akan gagal sebelum berjaya mencapai kemahuannya. Usahawan yang masih muda lebih banyak waktu untuk gagal dan cuba lagi untuk berjaya. Faktor umur juga mempengaruhi kecekapan seseorang dalam melakukan pekerjaan Usahawan yang berumur 25 tahun sudah tentu lebih cekap dan pantas berbanding usahawan yang berumur 45 tahun jika kedua-duanya diberikan peluang yang sama. Walaubagaimanapun, faktor usia tidak semestinya mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang usahawan. Usahawan yang muda mahu pun yang lebih berusia tetap boleh melahirkan idea-idea kreatif dan juga realistik ke arah mencapai matlamat perniagaan yang dijalankan.
 
2.      Jantina
Faktor jantina mempunyai dan memiliki sifat yang berbeza samaada dari segi luaran ataupun dalaman. Perempuan kurang memiliki minat dari segi menjadi usahawan manakala lelaki lebih cenderung untuk menjadi seorang usahawan. Lelaki lebih mempunyai insiatif dari perempuan untuk berusaha mencapai seseuatu yang diingini. Selain itu, sifat perempuan yang lebih mengambil berat tentang rakan kongsi mahupun orang sekeliling manakala lelaki pula lebih memetingkan diri sendiri. Walaupun golongan lelaki memonopoli dalam bidang usahawan tetapi perempuan lebih banyak yang bertahan dalam bidang usahawan disebabkan daya tahan untuk berkembang dan terus bersaing jika dibandingkan dengan lelaki.   

3.      Status Perkahwinan
Mereka yang telah berkahwin didapati lebih berminat untuk menceburi bidang keusahawanan mungkin disebabkan oleh timbulnya lebih rasa tanggungjawab dan inisiatif untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing. Dalam institusi kekeluargaan, faktor utama kejayaan seseorang individu adalah dorongan daripada keluarga mereka sendiri. Hal ini kerana setiap pasangan akan mempengaruhi tahap kesungguhan, komitmen dan keyakinan pasangan mereka terhadap perniagaan yang diceburi.


4.      Kebolehan Intelek dan Fizikal
Usahawan perlu membuat persiapan dari segi fizikal dan intelektual untuk membolehkannya terus bersaing. Dengan adanya kekuatan fizikal dan intelektual, ia akan membolehkan usahawan membuat keputusan yang lebih mantap dan mengambil tindakan yang lebih berkesan.

5.      Personaliti dan Gelagat
Personaliti dan gelagat seorang usahawan akan mempengaruhi tindakan yang bakal di ambil samada baik atau sebaliknya. Jika usahawan tersebut memiliki personaliti yang baik dan sentiasa berfikiran positif ia akan memberi kesan yang baik untuk masa depan perniagaannya. Seorang usahawan perlu membuang sifat-sifat yang tidak baik dan tidak berfikiran negatif untuk menjamin masa hadapannya.

6.      Pendidikan dan Kelayakan/Latihan
Pencapaian dalam pendidikan mempunyai pengaruh yang signifikan dalam motivasi usahawan. Kebanyakan usahawan hanya memiliki kelulusan SPM sahaja dan hanya segelintir sahaja yang mempunyai kelulusan ijazah. Tapi kebanyakan usahawan yang berjaya dan terkaya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya bergantung kepada pengalaman dan belajar dari kegagalan.


BUDAYA KEUSAHAWANAN


Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuan dan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan boleh didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individu dalam sebuah masyarakat yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan.

Budaya keusahawanan adalah ekspresi sikap sosial yang positif terhadap perniagaan dan perlu disemai untuk memperkuat proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan perusahaan. Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Pembudayaan keusahawanan juga merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masa kini atau akan datang.

Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-

a)      Mengawal halatuju masing-masing
Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang. Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.

b)     Memaksimumkan potensi diri
Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.

c)      Mendapat keuntungan
Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentuk dividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yang diberikan kepada mareka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat bersedia untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.


d)     Berorientasikan perancangan
Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan mestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masa yang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaanya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidakpastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.

e)      Menggunakan masa secara strategik
Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan. Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.

f)       Inovatif
Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merbut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pembudayaan inivasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran, memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.

g)      Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan
Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan. Seterusnya akan memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Teknologi merupakan satu mekanisma yang dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia menyumbang ke arah pembuatan dan teknik reka bentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi.

h)     Kesediaan untuk merebut peluang

Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan di eksploitasi sendiri oleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah memaksimumkan kekuatan daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada padadiri sendiri.

Thursday, 9 October 2014

Motivasi Ceburi Bidang Keusahawanan



Menurut Saedah et.al (1996), motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya atau untuk mencapai sesuatu. Menurutnya lagi, motivasi juga boleh dikatakan sebagai rancangan untuk kejayaan seseorang atau rangsangan untuk mengelakkan diri daripada kegagalan. Seseorang itu dikatakan telah memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya, dikatakan telah mempunyai motivasi.
Beberapa perkara yang menyebabkan usahawan menceburi bidang keusahawanan iaitu:

        i.            Status
Status hidup seseorang akan menjadi motavasi untuk menjadi usahawan yang berjaya disebabkan kelangsungan hidup. Seorang pengangur boleh berubah menjadi seorang usahawan disebabkan statusnya yang tidak bekerja dan sukar mendapatkan pekerjaan. Cabaran hidup akan mendesak seseorang melakukan perubahan dalam hidup supaya maju kehadapan dan setaraf dengan masyarakat sekeliling. Hal ini akan menjadi pembakar semangat untuk menjadi seorang usahawan dengan melahirkan idea-idea kreatif.

      ii.            Keselesaan peribadi / Kebebasan
Kebebasan atau keselesaan peribadi dapat memberi hak kebebasan untuk bersuara kerana mereka menginginkan kebebasan untuk membuat keputusan serta menghasilkan idea-idea tersendiri untuk menentukan halatuju hidup dengan menubuhkan perniagaan atau perusahaan sendiri. Mereka bebas untuk melakukan apa saja yang diminati tanpa dikawal dan menerima arahan oleh orang lain.

    iii.            Kepuasan diri
Terdapat individu yang tidak mendapat kepuasan dari pekerjaan yang dilakukannya atau jawatan yang disandang. Ini mungkin disebabkan oleh gaji rendah, tidak sesuai dengan diri atau masalah dengan majikan. Lantas individu ini akan meninggalkan kerjaya dan memulakan perniagaan.

    iv.            Mengenal orang lain
Sikap ingin berkenalan dengan individu-individu yang berjaya dalam perniagaan akan mendorong seseorang untuk menjadi usahawan yang berjaya seperti kenalan mereka. Perkara ini akan membuka peluang seseorang untuk mencuba sesuatu yang baru dengan bantuan kenalan mereka. Mengenal orang lain yang lebih berjaya akan membantu mereka dari segi modal, mendapat penerangan yang lebih jelas dalam bidang keusahawanan dan sebagainya. 

      v.            Keperluan akan pencapaian
Seseorang terdorong menceburi bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan. Kekecewaan ini akibat dari terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya dari kalangan pendatang. Selain itu, keadaan memaksa apabila berlakunya kemelesetan ekonomi. Apabila ekonomi meleset kerajaan dan swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya peluang pekerjaan terhad. Maka individu akan terdorong untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak.

    vi.            Kuasa
Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat keputusan dalam melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan campur tangan orang lain merupakan satu lagi faktor asas yang mampu menarik seseorang individu untuk melibatkan diri dalam perniagaan berbanding semasa bekerja makan gaji, usahawan menanggung risiko ke atas apa jua tindakan yang dilakukan. Malah golongan ini juga senang dan cepat untuk mengesan peluang-peluang perniagaan yang ada.


  vii.            Berbagi idea / perkongsian
Seseorang terdorong untuk menceburi bidang keusahawanan disebabkan oleh berkongsi idea dan bertukar pendapat dengan rakan-rakan untuk menubuhkan perniagaan sendiri. Perkara ini akan mendorong seseorang untuk mencuba menjadi seorang usahawan dan menjadikan idea-idea kreatif satu kenyataan dengan membangunkan perniagaan sendiri atau bersama rakan-rakan.

viii.            Status sosial
Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat. Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan, kereta dan rumah mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan.

    ix.            Merubah masyarakat
Dari segi perkhidmatan kepada masyarakat pula, terdapat individu terdorong menceburi bidang keusahawanan kerana ingin meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan, kemudahan insfrastruktur dan juga memberi lebih banyak penawaran barang dan perkhidmatan untuk masyarakat. Usahawan juga bertindak sebagai agen perubah masyarakat yang mempunyai tanggungjawab sosial selaras dengan Wawasan 2020



AKTIVITI-AKTIVITI KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA



Aktiviti keusahawanan telah lama diakui sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi di samping bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Aktiviti keusahawanan juga adalah merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan bina upaya kepada usaha meningkatkan inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Transformasi Malaysia daripada ekonomi berasaskan pengetahuan kepada ekonomi berpaksikan inovasi dalam mencapai aspirasi untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 memerlukan sokongan modal insan yang berkualiti dan kompetitif.

Dalam konteks negara Malaysia, aspek pembangunan keusahawanan, terutamanya di kalangan masyarakat Bumiputera telah diberikan perhatian yang serius bermula dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Melalui dasar ini pembangunan keusahawanan di kalangan masyarakat bumiputera telah dijadikan sebagai agenda penting negara dalam usaha untuk membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), yang telah dikenal pasti sebagai pendekatan utama untuk menyusun semula masyarakat dan dalam memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih aktif dalam pembangunan ekonomi negara.

Pembangunan Keusahawanan khasnya usahawan Bumiputera adalah tertumpu kepada empat kumpulan sasaran iaitu golongan pelajar, siswa/siswazah IPT, serta golongan belia dan wanita. Dalam konteks kumpulan sasar ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berperanan untuk menerajui pembangunan keusahawanan di kalangan siswa/siswazah IPT. Mereka sepatutnya diberikan pendedahan dan diterapkan dengan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari, mengambil risiko terkira (calculated risk) dan kebolehan untuk mengenal pasti dan membuka peluang (opportunity identification and creation).

Menyedari akan kepentingan perkara di atas, KPT telah melancarkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi pada 13 April 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi. Pelaksanaan inisiatif berpandukan dasar tersebut diharap dapat melahirkan siswazah/lepasan IPT yang mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/lulusan IPT iaitu mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai, kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics).

Pendidikan keusahawanan adalah juga merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Modal Insan Inovasi. Manakala daripada aspek sosial pula, perkembangan positif aktiviti keusahawanan akan mampu menjayakan aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan dan keupayaan golongan besar masyarakat serta mengurangkan jurang antara masyarakat miskin dan kaya serta masyarakat bandar dan luar bandar.