1.
Umur
Umur
merupakan faktor yang akan mempengaruhi tahap keberkesanan seseorang usahawan.
Umur juga merupakan faktor yang penting untuk menjadi seorang usahawan kerana
semakin bertambah peringkat umur semakin kurang peluang untuk gagal kerana
usahawan yang berjaya akan gagal sebelum berjaya mencapai kemahuannya. Usahawan
yang masih muda lebih banyak waktu untuk gagal dan cuba lagi untuk berjaya. Faktor
umur juga mempengaruhi kecekapan seseorang dalam melakukan pekerjaan Usahawan
yang berumur 25 tahun sudah tentu lebih cekap dan pantas berbanding usahawan yang
berumur 45 tahun jika kedua-duanya diberikan peluang yang sama. Walaubagaimanapun,
faktor usia tidak semestinya mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang
usahawan. Usahawan yang muda mahu pun yang lebih berusia tetap boleh melahirkan
idea-idea kreatif dan juga realistik ke arah mencapai matlamat perniagaan yang
dijalankan.
2.
Jantina
Faktor
jantina mempunyai dan memiliki sifat yang berbeza samaada dari segi luaran
ataupun dalaman. Perempuan kurang memiliki minat dari segi menjadi usahawan
manakala lelaki lebih cenderung untuk menjadi seorang usahawan. Lelaki lebih
mempunyai insiatif dari perempuan untuk berusaha mencapai seseuatu yang
diingini. Selain itu, sifat perempuan yang lebih mengambil berat tentang rakan
kongsi mahupun orang sekeliling manakala lelaki pula lebih memetingkan diri
sendiri. Walaupun golongan lelaki memonopoli dalam bidang usahawan tetapi
perempuan lebih banyak yang bertahan dalam bidang usahawan disebabkan daya
tahan untuk berkembang dan terus bersaing jika dibandingkan dengan lelaki.
3.
Status
Perkahwinan
Mereka
yang telah berkahwin didapati lebih berminat untuk menceburi bidang
keusahawanan mungkin disebabkan oleh timbulnya lebih rasa tanggungjawab dan
inisiatif untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing. Dalam
institusi kekeluargaan, faktor utama kejayaan seseorang individu adalah
dorongan daripada keluarga mereka sendiri. Hal ini kerana setiap pasangan akan
mempengaruhi tahap kesungguhan, komitmen dan keyakinan pasangan mereka terhadap
perniagaan yang diceburi.
4.
Kebolehan
Intelek dan Fizikal
Usahawan
perlu membuat persiapan dari segi fizikal dan intelektual untuk membolehkannya
terus bersaing. Dengan adanya kekuatan fizikal dan intelektual, ia akan
membolehkan usahawan membuat keputusan yang lebih mantap dan mengambil tindakan
yang lebih berkesan.
5.
Personaliti
dan Gelagat
Personaliti
dan gelagat seorang usahawan akan mempengaruhi tindakan yang bakal di ambil
samada baik atau sebaliknya. Jika usahawan tersebut memiliki personaliti yang
baik dan sentiasa berfikiran positif ia akan memberi kesan yang baik untuk masa
depan perniagaannya. Seorang usahawan perlu membuang sifat-sifat yang tidak
baik dan tidak berfikiran negatif untuk menjamin masa hadapannya.
6.
Pendidikan
dan Kelayakan/Latihan
Pencapaian
dalam pendidikan mempunyai pengaruh yang signifikan dalam motivasi usahawan. Kebanyakan
usahawan hanya memiliki kelulusan SPM sahaja dan hanya segelintir sahaja yang
mempunyai kelulusan ijazah. Tapi kebanyakan usahawan yang berjaya dan terkaya
tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya bergantung kepada pengalaman dan
belajar dari kegagalan.
No comments:
Post a Comment