Thursday, 9 October 2014

Motivasi Ceburi Bidang Keusahawanan



Menurut Saedah et.al (1996), motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya atau untuk mencapai sesuatu. Menurutnya lagi, motivasi juga boleh dikatakan sebagai rancangan untuk kejayaan seseorang atau rangsangan untuk mengelakkan diri daripada kegagalan. Seseorang itu dikatakan telah memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya, dikatakan telah mempunyai motivasi.
Beberapa perkara yang menyebabkan usahawan menceburi bidang keusahawanan iaitu:

        i.            Status
Status hidup seseorang akan menjadi motavasi untuk menjadi usahawan yang berjaya disebabkan kelangsungan hidup. Seorang pengangur boleh berubah menjadi seorang usahawan disebabkan statusnya yang tidak bekerja dan sukar mendapatkan pekerjaan. Cabaran hidup akan mendesak seseorang melakukan perubahan dalam hidup supaya maju kehadapan dan setaraf dengan masyarakat sekeliling. Hal ini akan menjadi pembakar semangat untuk menjadi seorang usahawan dengan melahirkan idea-idea kreatif.

      ii.            Keselesaan peribadi / Kebebasan
Kebebasan atau keselesaan peribadi dapat memberi hak kebebasan untuk bersuara kerana mereka menginginkan kebebasan untuk membuat keputusan serta menghasilkan idea-idea tersendiri untuk menentukan halatuju hidup dengan menubuhkan perniagaan atau perusahaan sendiri. Mereka bebas untuk melakukan apa saja yang diminati tanpa dikawal dan menerima arahan oleh orang lain.

    iii.            Kepuasan diri
Terdapat individu yang tidak mendapat kepuasan dari pekerjaan yang dilakukannya atau jawatan yang disandang. Ini mungkin disebabkan oleh gaji rendah, tidak sesuai dengan diri atau masalah dengan majikan. Lantas individu ini akan meninggalkan kerjaya dan memulakan perniagaan.

    iv.            Mengenal orang lain
Sikap ingin berkenalan dengan individu-individu yang berjaya dalam perniagaan akan mendorong seseorang untuk menjadi usahawan yang berjaya seperti kenalan mereka. Perkara ini akan membuka peluang seseorang untuk mencuba sesuatu yang baru dengan bantuan kenalan mereka. Mengenal orang lain yang lebih berjaya akan membantu mereka dari segi modal, mendapat penerangan yang lebih jelas dalam bidang keusahawanan dan sebagainya. 

      v.            Keperluan akan pencapaian
Seseorang terdorong menceburi bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan. Kekecewaan ini akibat dari terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya dari kalangan pendatang. Selain itu, keadaan memaksa apabila berlakunya kemelesetan ekonomi. Apabila ekonomi meleset kerajaan dan swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya peluang pekerjaan terhad. Maka individu akan terdorong untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak.

    vi.            Kuasa
Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat keputusan dalam melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan campur tangan orang lain merupakan satu lagi faktor asas yang mampu menarik seseorang individu untuk melibatkan diri dalam perniagaan berbanding semasa bekerja makan gaji, usahawan menanggung risiko ke atas apa jua tindakan yang dilakukan. Malah golongan ini juga senang dan cepat untuk mengesan peluang-peluang perniagaan yang ada.


  vii.            Berbagi idea / perkongsian
Seseorang terdorong untuk menceburi bidang keusahawanan disebabkan oleh berkongsi idea dan bertukar pendapat dengan rakan-rakan untuk menubuhkan perniagaan sendiri. Perkara ini akan mendorong seseorang untuk mencuba menjadi seorang usahawan dan menjadikan idea-idea kreatif satu kenyataan dengan membangunkan perniagaan sendiri atau bersama rakan-rakan.

viii.            Status sosial
Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat. Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan, kereta dan rumah mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan.

    ix.            Merubah masyarakat
Dari segi perkhidmatan kepada masyarakat pula, terdapat individu terdorong menceburi bidang keusahawanan kerana ingin meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan, kemudahan insfrastruktur dan juga memberi lebih banyak penawaran barang dan perkhidmatan untuk masyarakat. Usahawan juga bertindak sebagai agen perubah masyarakat yang mempunyai tanggungjawab sosial selaras dengan Wawasan 2020



No comments:

Post a Comment