Monday, 13 October 2014

KEJAYAAN PRODUK MINUMAN AQUA & POCARI SWEAT



       I.            Aqua (Air Mineral)



Aqua merupakan jenama air mineral yang terkenal diseluruh dunia yang di hasilkan di negara Indonesia. Air mineral Aqua merupakan air kosong atau air putih yang dijamin kualitinya dan boleh di minum oleh semua lapisan masyarakat. Produk ini merupakan air mineral yang di jaga kebersihannya dan merupakan minuman yang mementingkan kesihatan. Aqua amat bagus jika di minum seharian samaada semasa melakukan aktiviti di luar rumah mahupun waktu rehat kerana Aqua dapat menghilangkan dahaga.


    II.            Pocari Sweat
Pocari Sweat merupakan produk minuman tenaga yang telah diedarkan ke 16 buah negara dan di hasilkan di negara Jepun. Produk minuman ini merupakan minuman yang menggantikan cairan infus dalam badan yang hilang setelah melakukan aktiviti seharian seperti senaman, berjalan dan bersukan. Produk ini lebih tertumpu kepada pengguna yang aktif seperti orang yang bersukan dan mendapat sambutan semasa musim panas. Produk ini merupakan produk minuman yang mementingkan kesihatan kerana kadar gula dalam Pocari Sweat dibawah 10% iaitu 6.2%.

STRATEGI
Kedua-dua produk ini merupakan produk minuman yang berasaskan kesihatan. Strategi yang digunakan oleh kedua-dua syarikat ke atas produk mereka mempunyai persamaan dan perbezaannya.

·         Aqua
Produk Aqua menggunakan kaedah pemasaran dengan menghantar ke kedai-kedai kecil, restoran-restoran, ke rumah-rumah diseluruh pekan. Selain itu, mereka juga mengadakan program menderma darah untuk menarik perhatian orang ramai dengan memberi air mineral Aqua secara percuma. Produk Aqua melancarkan strategi untuk jangka masa panjang dengan memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa Aqua mementingkan kesihatan unutk jangka masa panjang dan akan meningkatkan kualiti produk untuk kesejahteraan pengguna. Mereka bukan sahaja menjual produk minuman Aqua tetapi memberi kesempatan untuk pengguna membaiki taraf hidup. Kualiti air mineral Aqua terjamin dan memberi kepercayaan kepada orang ramai untuk terus setia kepada jenama Aqua.  

·         Pocari Sweat
Pocari Sweat juga menggunakan kaedah pemasaran yang hampir sama dengan produk air mineral Aqua. Mereka juga mengedar minuman di kedai-kedai kecil dan membuka kios untuk memperkenalkan produk Pocari Sweat kepada orang ramai dengar memberi minuman secara percuma. Selain itu, mereka juga mengedar besar-besaran secara percuma di tempat-tempat yang sesuai seperti di jalanan dengan memberi kepada orang yang berpeluh, di padang besbol, dan orang yang bersukan. Mereka bukan sahaja memberi minuman percuma malah memberi penerangan tentang kebaikan Pocari Sweat. Pasaran Pocari Sweat meningkat semasa musim panas.

KESAN  

Kedua-kedua syarikat ini menghasilkan produk yang memberi kesan positif dan membawa kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan kesihatan yang masih boleh didapati dalam minuman. Dalam masa yang sama dapat memberi kepuasan kepada pengguna semasa menikmati minuman tersebut. 

Friday, 10 October 2014

CIRI-CIRI BIOGRAFI USAHAWAN



1.      Umur

Umur merupakan faktor yang akan mempengaruhi tahap keberkesanan seseorang usahawan. Umur juga merupakan faktor yang penting untuk menjadi seorang usahawan kerana semakin bertambah peringkat umur semakin kurang peluang untuk gagal kerana usahawan yang berjaya akan gagal sebelum berjaya mencapai kemahuannya. Usahawan yang masih muda lebih banyak waktu untuk gagal dan cuba lagi untuk berjaya. Faktor umur juga mempengaruhi kecekapan seseorang dalam melakukan pekerjaan Usahawan yang berumur 25 tahun sudah tentu lebih cekap dan pantas berbanding usahawan yang berumur 45 tahun jika kedua-duanya diberikan peluang yang sama. Walaubagaimanapun, faktor usia tidak semestinya mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang usahawan. Usahawan yang muda mahu pun yang lebih berusia tetap boleh melahirkan idea-idea kreatif dan juga realistik ke arah mencapai matlamat perniagaan yang dijalankan.
 
2.      Jantina
Faktor jantina mempunyai dan memiliki sifat yang berbeza samaada dari segi luaran ataupun dalaman. Perempuan kurang memiliki minat dari segi menjadi usahawan manakala lelaki lebih cenderung untuk menjadi seorang usahawan. Lelaki lebih mempunyai insiatif dari perempuan untuk berusaha mencapai seseuatu yang diingini. Selain itu, sifat perempuan yang lebih mengambil berat tentang rakan kongsi mahupun orang sekeliling manakala lelaki pula lebih memetingkan diri sendiri. Walaupun golongan lelaki memonopoli dalam bidang usahawan tetapi perempuan lebih banyak yang bertahan dalam bidang usahawan disebabkan daya tahan untuk berkembang dan terus bersaing jika dibandingkan dengan lelaki.   

3.      Status Perkahwinan
Mereka yang telah berkahwin didapati lebih berminat untuk menceburi bidang keusahawanan mungkin disebabkan oleh timbulnya lebih rasa tanggungjawab dan inisiatif untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing. Dalam institusi kekeluargaan, faktor utama kejayaan seseorang individu adalah dorongan daripada keluarga mereka sendiri. Hal ini kerana setiap pasangan akan mempengaruhi tahap kesungguhan, komitmen dan keyakinan pasangan mereka terhadap perniagaan yang diceburi.


4.      Kebolehan Intelek dan Fizikal
Usahawan perlu membuat persiapan dari segi fizikal dan intelektual untuk membolehkannya terus bersaing. Dengan adanya kekuatan fizikal dan intelektual, ia akan membolehkan usahawan membuat keputusan yang lebih mantap dan mengambil tindakan yang lebih berkesan.

5.      Personaliti dan Gelagat
Personaliti dan gelagat seorang usahawan akan mempengaruhi tindakan yang bakal di ambil samada baik atau sebaliknya. Jika usahawan tersebut memiliki personaliti yang baik dan sentiasa berfikiran positif ia akan memberi kesan yang baik untuk masa depan perniagaannya. Seorang usahawan perlu membuang sifat-sifat yang tidak baik dan tidak berfikiran negatif untuk menjamin masa hadapannya.

6.      Pendidikan dan Kelayakan/Latihan
Pencapaian dalam pendidikan mempunyai pengaruh yang signifikan dalam motivasi usahawan. Kebanyakan usahawan hanya memiliki kelulusan SPM sahaja dan hanya segelintir sahaja yang mempunyai kelulusan ijazah. Tapi kebanyakan usahawan yang berjaya dan terkaya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, hanya bergantung kepada pengalaman dan belajar dari kegagalan.


BUDAYA KEUSAHAWANAN


Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuan dan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan boleh didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individu dalam sebuah masyarakat yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan.

Budaya keusahawanan adalah ekspresi sikap sosial yang positif terhadap perniagaan dan perlu disemai untuk memperkuat proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan perusahaan. Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Pembudayaan keusahawanan juga merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masa kini atau akan datang.

Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-

a)      Mengawal halatuju masing-masing
Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang. Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.

b)     Memaksimumkan potensi diri
Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.

c)      Mendapat keuntungan
Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentuk dividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yang diberikan kepada mareka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat bersedia untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.


d)     Berorientasikan perancangan
Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan mestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masa yang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaanya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidakpastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.

e)      Menggunakan masa secara strategik
Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan. Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.

f)       Inovatif
Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merbut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pembudayaan inivasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran, memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.

g)      Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan
Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan. Seterusnya akan memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Teknologi merupakan satu mekanisma yang dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia menyumbang ke arah pembuatan dan teknik reka bentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi.

h)     Kesediaan untuk merebut peluang

Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan di eksploitasi sendiri oleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah memaksimumkan kekuatan daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada padadiri sendiri.

Thursday, 9 October 2014

Motivasi Ceburi Bidang Keusahawanan



Menurut Saedah et.al (1996), motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya atau untuk mencapai sesuatu. Menurutnya lagi, motivasi juga boleh dikatakan sebagai rancangan untuk kejayaan seseorang atau rangsangan untuk mengelakkan diri daripada kegagalan. Seseorang itu dikatakan telah memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya, dikatakan telah mempunyai motivasi.
Beberapa perkara yang menyebabkan usahawan menceburi bidang keusahawanan iaitu:

        i.            Status
Status hidup seseorang akan menjadi motavasi untuk menjadi usahawan yang berjaya disebabkan kelangsungan hidup. Seorang pengangur boleh berubah menjadi seorang usahawan disebabkan statusnya yang tidak bekerja dan sukar mendapatkan pekerjaan. Cabaran hidup akan mendesak seseorang melakukan perubahan dalam hidup supaya maju kehadapan dan setaraf dengan masyarakat sekeliling. Hal ini akan menjadi pembakar semangat untuk menjadi seorang usahawan dengan melahirkan idea-idea kreatif.

      ii.            Keselesaan peribadi / Kebebasan
Kebebasan atau keselesaan peribadi dapat memberi hak kebebasan untuk bersuara kerana mereka menginginkan kebebasan untuk membuat keputusan serta menghasilkan idea-idea tersendiri untuk menentukan halatuju hidup dengan menubuhkan perniagaan atau perusahaan sendiri. Mereka bebas untuk melakukan apa saja yang diminati tanpa dikawal dan menerima arahan oleh orang lain.

    iii.            Kepuasan diri
Terdapat individu yang tidak mendapat kepuasan dari pekerjaan yang dilakukannya atau jawatan yang disandang. Ini mungkin disebabkan oleh gaji rendah, tidak sesuai dengan diri atau masalah dengan majikan. Lantas individu ini akan meninggalkan kerjaya dan memulakan perniagaan.

    iv.            Mengenal orang lain
Sikap ingin berkenalan dengan individu-individu yang berjaya dalam perniagaan akan mendorong seseorang untuk menjadi usahawan yang berjaya seperti kenalan mereka. Perkara ini akan membuka peluang seseorang untuk mencuba sesuatu yang baru dengan bantuan kenalan mereka. Mengenal orang lain yang lebih berjaya akan membantu mereka dari segi modal, mendapat penerangan yang lebih jelas dalam bidang keusahawanan dan sebagainya. 

      v.            Keperluan akan pencapaian
Seseorang terdorong menceburi bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan. Kekecewaan ini akibat dari terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya dari kalangan pendatang. Selain itu, keadaan memaksa apabila berlakunya kemelesetan ekonomi. Apabila ekonomi meleset kerajaan dan swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya peluang pekerjaan terhad. Maka individu akan terdorong untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak.

    vi.            Kuasa
Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat keputusan dalam melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan campur tangan orang lain merupakan satu lagi faktor asas yang mampu menarik seseorang individu untuk melibatkan diri dalam perniagaan berbanding semasa bekerja makan gaji, usahawan menanggung risiko ke atas apa jua tindakan yang dilakukan. Malah golongan ini juga senang dan cepat untuk mengesan peluang-peluang perniagaan yang ada.


  vii.            Berbagi idea / perkongsian
Seseorang terdorong untuk menceburi bidang keusahawanan disebabkan oleh berkongsi idea dan bertukar pendapat dengan rakan-rakan untuk menubuhkan perniagaan sendiri. Perkara ini akan mendorong seseorang untuk mencuba menjadi seorang usahawan dan menjadikan idea-idea kreatif satu kenyataan dengan membangunkan perniagaan sendiri atau bersama rakan-rakan.

viii.            Status sosial
Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat. Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan, kereta dan rumah mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan.

    ix.            Merubah masyarakat
Dari segi perkhidmatan kepada masyarakat pula, terdapat individu terdorong menceburi bidang keusahawanan kerana ingin meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan, kemudahan insfrastruktur dan juga memberi lebih banyak penawaran barang dan perkhidmatan untuk masyarakat. Usahawan juga bertindak sebagai agen perubah masyarakat yang mempunyai tanggungjawab sosial selaras dengan Wawasan 2020



AKTIVITI-AKTIVITI KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA



Aktiviti keusahawanan telah lama diakui sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi di samping bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Aktiviti keusahawanan juga adalah merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan bina upaya kepada usaha meningkatkan inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Transformasi Malaysia daripada ekonomi berasaskan pengetahuan kepada ekonomi berpaksikan inovasi dalam mencapai aspirasi untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 memerlukan sokongan modal insan yang berkualiti dan kompetitif.

Dalam konteks negara Malaysia, aspek pembangunan keusahawanan, terutamanya di kalangan masyarakat Bumiputera telah diberikan perhatian yang serius bermula dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Melalui dasar ini pembangunan keusahawanan di kalangan masyarakat bumiputera telah dijadikan sebagai agenda penting negara dalam usaha untuk membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), yang telah dikenal pasti sebagai pendekatan utama untuk menyusun semula masyarakat dan dalam memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih aktif dalam pembangunan ekonomi negara.

Pembangunan Keusahawanan khasnya usahawan Bumiputera adalah tertumpu kepada empat kumpulan sasaran iaitu golongan pelajar, siswa/siswazah IPT, serta golongan belia dan wanita. Dalam konteks kumpulan sasar ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berperanan untuk menerajui pembangunan keusahawanan di kalangan siswa/siswazah IPT. Mereka sepatutnya diberikan pendedahan dan diterapkan dengan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari, mengambil risiko terkira (calculated risk) dan kebolehan untuk mengenal pasti dan membuka peluang (opportunity identification and creation).

Menyedari akan kepentingan perkara di atas, KPT telah melancarkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi pada 13 April 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik dalam kalangan Institusi Pengajian Tinggi. Pelaksanaan inisiatif berpandukan dasar tersebut diharap dapat melahirkan siswazah/lepasan IPT yang mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/lulusan IPT iaitu mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai, kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics).

Pendidikan keusahawanan adalah juga merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Modal Insan Inovasi. Manakala daripada aspek sosial pula, perkembangan positif aktiviti keusahawanan akan mampu menjayakan aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan dan keupayaan golongan besar masyarakat serta mengurangkan jurang antara masyarakat miskin dan kaya serta masyarakat bandar dan luar bandar.



Monday, 29 September 2014

Tokoh Usahawan Yang Berjaya Dan Terkaya Di Asia


1.      Tony Fernandes (Air Asia)

      Biodata



Dato’Tony Fernandes merupakan seorang tokoh usahawan yang berjaya berketurunan India pengasas dan peneraju syarikat penerbangan tambang murah iaitu Air Asia. Tony Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964 dan merupakan campuran Portugis Goa (India) dan Portugis Melaka. Dr.Stephen Edward Fernandes merupakan bapa kepada Tony Fernandes dan Ena Dorothy Fernandez ialah ibu beliau.                                                                                                        
Semasa kecil beliau kerap mengikuti ibunya berniaga. Ibu beliau merupakan seorang peniaga kecil-kecilan dan mengikut ibunya ke majlis-majlis para  peniaga tupperware. Semasa beliau berusia 13 tahun, beliau melanjutkan persekolahan di England pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada  tahun 1987. Beliau mula memasuki alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.

Setelah beliau kembali ke Malaysia, beliau dilantik sebagai pengarah  urusan Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut ke dalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam Warner Music Sdn. Bhd. dari tahun 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan naib presiden kumpulan kawasan Asia Tenggara.

Beliau merupakan penggerak utama dalam penubuhan dan operasi Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Beliau bermula dengan dua buah kapal terbang Boeing 737 yang masih dimiliki oleh kerajaan, kini kumpulan  Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001  telah maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang beroperasi, ini akan menjadikan kumpulan penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di dunia. Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui  142 laluan dan 78 destinasi  dengan sejumlah 400 penerbangan sehari di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun 2011, Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.

Sikap Peribadi

Kejayaan luar biasa selalunya di hasilkan oleh seseorang yang juga  mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam setiap langkah yang dilalui. Pertama sekali ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk mendorong seseorang kearah itu. Tony Fernandes banyak dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah air. Bagi Tony, ibu beliau adalah seorang wanita yang mengkagumkan kerana kemampuannya  yang luar biasa dalam menjual barangan  kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi  alam perniagaan.

Dr.Stephen Edward Fernandes memiliki sebuah klinik tetapi tidak mendapat keuntungan yang banyak disebabkan oleh sikapnya yang bermurah hati kepada setiap pesakit dengan memberi rawatan dan perkhidmatan serta ubat secara percuma. Perkara ini meyebabkan Tony tidak menyukai cara bapa beliau berniaga.

Sikap istimewa yang diturunkan oleh bapanya kepada Tony ialah dengan membantu rakyat yang kurang upaya. Hal ini dapat di lihat melalui cara bapanya yang memberi perkhidmatan percuma kepada pesakit yang miskin atau tidak mampu, begitu juga Tony yang memberi fokus kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Walaupun sikap Tony dan bapanya serupa tetapi terdapat perbezaan tujuan iaitu bapa beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurang bebanan mereka sehingga mengorbankan keuntungan tetapi Tony tetap terikat dengan prinsip perniagaan berasaskan keuntungan dan berkekalan.

Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang dan semangat yang kental amat mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu beliau. Selain itu, zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13 tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam kepada peribadi beliau. Keadaan yang berjauhan dari keluarga dan kampung halaman, membentuk nilai teras dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi dan berdikari dalam apa jua suasana. Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya berusia 15 tahun. Ketiadaan ibunya memberi kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan  mampu berdikari di mana sahaja.

Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan mengambil risiko, Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang hyperactive dan begitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi sebagai modal syarikat. Kesanggupan beliau untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang yang tidak  memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat yang kental. Tony bersikap reckless dalam membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan. Malah beliau  amat yakin  kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.

Bagi menentukan kejayaan, sikap beliau yang fokus  kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko. Beliau berkata,” Saya bukanlah seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan  kemudian berharap tiga akan berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya, kemudian laksanakan usaha-usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman Hashim,  Tan Sri Teh Hong Piow  di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti pengasas Microsoft, Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan banyak lagi di arena global.

Halangan

Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap meminimakan ego dan bersedia untuk memaafkan dan melupakan yang membolehkan beliau membuat pertimbangan yang terbaik untuk syarikat dalam sesuatu waktu.  Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi rintangan yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun demikian, beliau masih  boleh lagi berinteraksi dengan pegawai-pegawai kerajaan Singapura dengan baik, sambil  menganggap detik detik pahit yang dilalui  hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura sehari.

Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab, beliau berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk meluluskan rancangan beliau dengan cara mengambil alih syarikat penerbangan  Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.

Setelah berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony bersikap jangan sesekali menjawab tidak untuk jawapan. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan. Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan-laluan udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini  membantu Air Asia mengukuhkan daya saing  ketika berhadapan dengan Malaysia  Airlines dan syarikat-syarikat penerbangan yang lain.

Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi  sama ada di Asia ataupun  atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapuralah yang paling mencabar. Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti seorang usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau “willing to never take no for an answer”. Bagi Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu. Sebab itulah  mereka  tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita hanya perlu yakin dan laksanakannya”






2.         Tan Sri Lim Goh Tong




Biodata

Lim Goh Tong (Lín Wútóng) merupakan seorang usahawan Tionghoa yang terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 hingga dia meninggal dunia dengan harta sebanyak RM421.60 bilion. Beliau merupakan pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting. Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2 billion (RM160.6 billion) pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia. Kemudian, anak beliau, Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.

Beliau dilahirkan pada tahun 1918 di daerah Anxi, wilayah Fujian, China. Beliau telah berkahwin dengan Lee Kim Hua dan di kurniakan 6 orang anak. Lim telah meninggal dunia ketika usia beliau 89 tahun iaitu pada 23 Oktober 2007. Lim datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 dengan hanya RM175, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Kedatangan beliau sebagai seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk membaiki taraf hidup. Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong pernah mendedahkan beberapa tips yang diamalkannya sendiri sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resort sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia.  Beliau menpunyai idea membina genting semasa di Cameron Highlands. Beliau sendiri pernah dikatakan gila apabila mengatakan hasrat untuk membagunkan Gunung Ulu Kali sebagai Genting Highlands.

Sifat Peribadi

Lim mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang diperolehi bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk dibuat pusingan modal dan pelaburan yang akan datang. Wang modal perniagaan dengan wang perbelanjaan harian mesti disimpan secara berasingan. Hal ini bagi mengelakkan masalah pengeluaran perbelanjaan untuk keperluan yang tidak sepatutnya. . Apabila mempunyai wang yang besar untuk dilaburkan maka keuntungan juga semakin tinggi. Mempunyai kedudukan yang kukuh dalam perniagaan adalah harapan bagi semua peniaga dan usahawan yang berjaya.

Beliau bermula dengan bekerja dari peringkat yang paling bawah iaitu sebagai tukang kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri merupakan seorang budak miskin semasa mula berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum bergelar jutawan. Sifat peribadi beliau yang berani mengambil risiko menjadikan beliau seorang berjaya dalam mereliasasikan impiannya.

Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia.

Pencapaian


Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran , pembangunan teknologi maklumat dan pusat perjudian yang terbesar di asia. Lim memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebin 14 juta orang setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia. Beliau juga terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Asia Dan Eropah. Beliau bermula daripada kontraktor kecil. Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia. Kini Tan Sri Lim Goh Tong berjaya sebuah empayar besar bertaraf dunia.

Sunday, 28 September 2014

KEPENTINGAN USAHAWAN



Keusahawanan adalah satu usaha mikroekonomi yang menjalankan inovasi dengan tujuan menggabungkan inovasi dengan kewangan dan perniagaan untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan. Di Malaysia, wujudnya usahawan-usahawan dalam sektor perniagaan secara tidak langsung memberi kelebihan kepada masyarakat, ia boleh membantu peluang pekerjaan kerana perniagaan kebiasaannya melibatkan peniaga, pekerja dan pelanggan. Bidang keusahawanan ini juga merupakan satu bidang yang sangat penting pada masa kini. Keusahawanan dapat memeberi manfaat kepada orang lain dan orang yang berada di sekelilingnya.

 Keusahawanan merupakan enjin bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi serta pendapatan negara kerana merekalah yang akan menggerakkan pembangunan ekonomi dalam negara melalui perniagaan yang mereka lakukan. Hal ini, dapat menarik ramai pelabur asing dari luar negara untuk melabur dalam perniagaan dan dapat meningkatkan pengaliran pendapatan ke dalam negara melalui pelabur asing.

Seseorang usahawan kecil atau besar menubuhkan sebuah perniagaan baru memerlukan khidmat pekerja dan secara langsungnya mereka menyediakan peluang pekerjaan. Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan menjalankan cukai dan hasilnys pergi ke arah meningkatkan pendapatan negara. Bidang keusahawanan membawa keluar kualiti kepimpinan dalam setiap usahawan seperti seorang usahawan boleh ditawarkan peluang latihan untuk mengasah kemahiran mereka.

Terdapat banyak kursus keusahawanan dan kemahiran keusahawanan yang tersedia ada untuk bakal usahawan kecil sebelum mereka memulakan sesebuah perniagaan. Bermula dengan tip-tip usahawan, dana dan pinjaman pembiayaan, ketahanan diri dalam menempuh risiko perniagaan dan sebagainya. Usahawan yang terlatih boleh memberi manfaat kepada sesebuah organisasi atau komuniti. Keusahawanan bermaksud memberi kebebasan kepada usahawan menguruskan perusahaan mereka sendiri dengan cara yang mereka inginkan.

Keusahawanan membolehkan bakal usahawan menggunakan modal yang mereka ada untuk melihat inovasi mereka memulakan perniagaan dari akar umbi sehingga keperingkat yang lebih tinggi. Keusahawanan menggalakkan persaingan kerana setiap usahawan yang berpotensi cuba untuk tampil dengan inovasi terbaik. Ini juga diterjemahkan dalam barangan atau perkhidmatan yang berkualiti yang mereka sediakan.


Saturday, 27 September 2014

Tokoh Usahawan Yang Berjaya Dan Terkaya Di Malaysia



     1. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Tan Sri Syed

Biodata

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary Tan Sri Syed merupakan seorang usahawan yang berjaya berbangsa melayu dan beragama Islam. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Kehidupan mereka sekeluarga yang serba kekurangan meyebabakan mereka adik beradik sukar untuk belajar di sebabkan keadaan rumah kayu yang terletak di Kampung  Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Keadaan hidup yang begitu mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu tetapi yang pastinya jumlah pelajar akan terus meningkat dari tahun ke tahun berikutnya.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya iaitu Syed Omar di Johor Bahru. Beliau menetap di situ dari umur 10 tahun hinggalah ke umur 14 tahun. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Sikap Peribadi

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Selain menjual sayur beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Abak tersebut menyebabkan semua binatang ternakannya mati. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Beliau mendapat bekalan daging untuk di jual dengan pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Kejayaan

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan disebabkan ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang. Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd. beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn.Bhd. iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18/7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.


Penubuhan Yayasan Al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Antara projek terbesar adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7175 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Usaha beliau selama ini telah membuahkan hasil dengan di isytiharkan usahawan yang ke-7 terkaya di Malaysia dan yang ke-32 terkaya di Asia.






2.      Dato’ Haji Ramly Bin Mokni
Biodata

Dato’ Haji Ramly Bin Mokni merupakan seorang usahawan yang berjaya di Malaysia yang menubuhkan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. Perniagaan Burger Ramly merupakan produk  bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura. Diasaskan pada tahun 1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Beliau telah beberapa kali telah memenangi Anugerah Usahawan Terbaik.
           
Pencapaian


Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn. Bhd. telah didaftarkan penubuhannya  pada 13 Julai 1984 dan telah beroperasi dengan jayanya selama 25 tahun di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan operasi memproses dan mengeluarkan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut seperti  burger, nuget, sosej dan lain-lain.

Sebelum beliau membuka perniagaan makanan sejuk beku ini, beliau pernah bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini.

Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.

Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk Ramly. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd. Syarikat pemasaran ini bertempat di Desa Tun Razak, Cheras,Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.


Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di KualaLumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sdn. Bhd. dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara Ramly dengan penjaja dan orang awam.